Adi Lasa, Azeed dan Danier terbit album solo pertama
Azeed, Adi Lasa dan Danier.
3 buah album solo penyanyi lelaki di bawah edaran Skyline kini telah terbit dan berada di pasaran sekarang di semua premis kedai musik dan pasar raya - pasar raya terkemuka. Mereka adalah ADI LASA adik kepada penyanyi popular Sabah Den Bisa, Pelakon telemovie AZEED dan pendatang baru DANIER.Album CD solo ADI LASA menampilkan 10 lagu seperti : Leleng Ka'alluman, Lasa Ku Maka'a, Bang Kau Ma Suratan, Irama Cintaku, Janji Ku Rayang, Suratan (berduet dengan Den Bisa), Embal Du Pagsusunan Ku (pernah dinyanyikan oleh Den Bisa dalam album Den Bisa 1), Seruan, Butas Na dan Igal Linggisan. Komposer - komposer yang terbabit untuk album ini adalah Troy, Den Bisa, Jazz MY dan Adi Lasa sendiri.Album CD solo AZEED juga mengandungi 10 buah lagu antaranya : Bohe' Mata, Joget Maglami-Lami (berduet dengan Den Bisa), Bissala Kasilasah, Saat Percintaan (berduet dengan Judith), Gompioh Piniupusan, Mentari Senja, Unu Hangkan, Bagay, Janjiku dan Arung. Album Azeed yang berjudul "Bagay" ini juga mendapat sentuhan komposer seperti Jazz MY, Den Bisa, Nisa Ayang, Adi Lasa dan lirik dusun lagu "Gompioh Piniupusan" oleh Datuk Amisah Yassin.
Untuk album VCD MTV Karaoke Adi Lasa dan Azeed kini sedang dalam proses pembikinan dan belum selesai penggambaran nya.
Manakala CD album solo dan VCD MTV Karaoke DANIER membariskan komposer-komposer seperti Ajis, Tiyx dan Chaeythic's dimana tajuk-tajuk sepuluh lagu dalam album Danier ini adalah Igal Kaum Sama, Lasah Embal Apinda, Marindang Sayang (berduet dengan Ajis), Lasah Ku, Kau Ku Cinta, Butas Halam Magsabab, Kaa Kinalasahan, Maingga Ka Dayang, Idol Manis dan Kissah Tunang-Tunang Kesemua musik dalam ke tiga - tiga album ini disusun oleh penggubah lagu Jasnie Mohd Yaakub dan dirakam di studio JAZZ PRODUCTIONS, Lot 3 Tingkat 2 Blok A Millinieum Centre Jalan Lintas Kepayan Penampang Kota Kinabalu. Album-album ini juga akan turut dipasarkan di booth pameran dan jualan Skyline pada 23, 24 dan 25 April 2010 sempena memeriahkan lagi sambutan Pesta Regatta Lepa kali ke 17 tahun ini.
Danier dengan model MTV Karaokenya.
Rakan Duet... Azeed dengan rakan duetnya, Judith dalam lagu Saat Percintaan.
Berita dari : The New Sabah Times dan Utusan Borneo.
assalamualaikum...mcm mana sya blh dpt kn album azeed??tlg la sya dpt kn caranya
2010-03-26 13:38:00
|203.82.66.xxx|
mamanzamy
bg sya suara n kseluruhan lagu azeed adlh yg tbaik slepas abg den bisa.truskn usaha.smoga bjaya memertabat kn bahasa kita (bajau) di sluruh dunia.sya ada koleksi lagu ciptaan sya sndiri tp sya x tau mcm mana caranya nk bg kt abg den bisa.klu blh tlg la sya dpt kn cara nya...smoga kita dpt bkerja sama
coach outlet offers more than just coach handbags. As a coach handbags outlet, you'll find all kinds of products by the coach for the men and women. Warm clothing, cheap coach , coach purses, coach bag and much more accessories are in our coach outlet.
assalamualaikum...mcm mana sya blh dpt kn album azeed??tlg la sya dpt kn caranya